Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.
Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia
membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan
fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara
Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat
tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja
sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan.
Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat
diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek
pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum
Islam.
Maklumat yang diperolehi
daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga
menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang
sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran
yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis.
Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini
cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana
lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu
tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan
orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan
negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang
dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan
pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.






