VISI DAN MISI PSS
Visi
Pusat Sumber SK Seksyen 11 Kota Damansara penyumbang pembentukan pelajar gemilang.
Misi
Memajukan Pusat Sumber Sekolah melalui;
- Memperbanyakkan koleksi bahan yang diuruskan secara sistematik,
- Meningkatkan penggunaan di kalangan warga sekolah dan,
- Menyemai budaya membaca yang berterusan di kalangan pelajar.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSS
Matlamat
Memberikan
kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman ke arah
membudayakan ‘teknopen’ bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif
- Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
- Menggalakkan
semua pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan
pembelajaran agar mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan
kaedah ‘chalk and talk’sahaja.
- Menyemai
dan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu dan
bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan PSS.
- Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
PIAGAM PELANGGAN PSS
Piagam pelanggan
Kami berjanji dengan penuh iltizam akan berganding bahu mempertingkatkan prestasi kurikulum sekolah dengan:
- Memberi perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti, tepat dan mudah.
- Menyediakan laporan maklumbalas yang tepat, terkini dan sahih.
- Memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna supaya keperluan pengguna dipenuhi dengan berkesan.
- Memberikan perkhidmatan yang menepati masa dan mesra dengan maklumat yang tepat dan sahih.
- Menyediakan bahan-bahan yang bermaklumat terkini, bermutu, mudah difahami dan senang diperolehi.
- Memberikan khidmat kepakaran grafik dan audio-visual untuk meningkatkan mutu dan lebih daya tarikan.
- Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti kepada setiap aktiviti-aktiviti panitia.


